DADAH syabu dan barangan yang dirampas polis. FOTO ihsan Polis
DADAH syabu dan barangan yang dirampas polis. FOTO ihsan Polis
Norsyazwani Nasri


Limbang: Polis merampas dadah syabu seberat 60.84 gram dianggarkan bernilai RM6,000 dan menahan dua suspek dalam Op Tapis, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata, suspek lelaki dan wanita lingkungan 30-an yang tidak bekerja diberkas dalam operasi dijalankan seorang pegawai dan lapan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

"Bekalan dadah ini dipercayai bagi tujuan pasaran tempatan di sekitar Daerah Limbang.

"Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek lelaki positif dadah manakala suspek wanita negatif dadah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, motosikal yang digunakan suspek turut dirampas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati dan Akta Dadah Berbahaya(Perlucutan Harta) 1988," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2022 @ 3:27 PM