ORANG ramai memenuhi memorial kemerdekaan. FOTO Nazri Abu Bakar.
ORANG ramai memenuhi memorial kemerdekaan. FOTO Nazri Abu Bakar.
Nazri Abu Bakar


Melaka: Orang ramai teruja menghadiri sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, di sini, malam ini.

Malah setiap ruang di kompleks sejarah termasuk Dataran Pahlawan dipenuhi pengunjung walaupun tidak dapat memasuki kawasan memorial akibat kesesakan.

Namun, mereka dapat menyaksikan di banyak layar yang disediakan kepada pengunjung.

Bagi pengerusi Kelab Lambretta Melaka (Kalam) Ramli Md Tahir ,71 berkata, lebih teruja buatnya kerana diberi penghormatan mengiringi tetamu kehormat ke pentas utama dengan vespa dan beca.

Katanya, sambutan terbabit amat bersejarah kerana orang ramai mula ke lokasi seawal jam 3 petang bagi memeriahkan Hari Malaysia yang julung kali diadakan di Semenanjung Malaysia terbabit.

HISHAMMUDDIN tiba pada majlis ramah mesra bersama Calon Parlimen dan DUN dalam daerah Kuantan di Dewan PM Najib, Taman Belukar. FOTO Farizul Hafiz Awang
HISHAMMUDDIN tiba pada majlis ramah mesra bersama Calon Parlimen dan DUN dalam daerah Kuantan di Dewan PM Najib, Taman Belukar. FOTO Farizul Hafiz Awang

Menurutnya, pelbagai acara diadakan termasuk persembahan pembukaan Catatan Malaysia dengan gerak, visual dan narator oleh pelakon veteran Shaharudin Tambi amat menarik.

"Ia mengimbau sejarah pembentukan negara Malaysia berkonsepkan patriotisme, imbas kembali, teatrikal dan muzikal yang menarik dan unik.

"Kami juga bersemangat membaca ikrar Rukun Negara bersama -sama dengan busana menarik, retro serta pelbagai etnik suku bangsa dan kaum," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Sulaiman Daud, 29 berkata, sambutan kali pertama terbabit dibanjiri orang ramai, selain jalan sesak.

Namun, katanya, pengunjung mengambil pendekatan untuk tidak ke tapak sambutan kerana boleh menyaksikan di banyak layar termasuk di Dataran Pahlawan.

Beliau berkata, kepelbagaian etnik termasuk Melayu, Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak, Baba Nyonya, Sikh, Chetti, Portugis dan pelancong asing turut menyaksikan sambutan terbabit.

Kehadiran tetamu kehormat, Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam serta tetamu kehormat dengan menaiki 16 beca diiringi basikal tua dan vespa sambil berpakaian retro 60-an sekitar jam 8 malam dengan paparan sepanduk bertulisan jawi dan rumi ejaan lama mengimbau nostalgia silam.

Sambutan Hari Malaysia 2022 turut disiarkan secara langsung melalui stesen penyiar iaitu RTM, Bernama TV, TV3, Astro AWANI, TV Alhijrah dan Suke TV serta Facebook live Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), Jabatan Penerangan Malaysia dan Merdeka360.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2022 @ 12:28 AM