Nor Fazlina Abdul Rahim dan Siti Rohana Idris


Tumpat: Kerajaan bersetuju meneruskan empat projek di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, empat projek berkenaan merangkumi pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) iaitu dari Gemuruh, Terengganu sehingga Pengkalan Kubor membabitkan laluan sepanjang 147 kilometer (km).

Beliau berkata, pembinaan jambatan Sungai Golok di Rantau Panjang dan jambatan Takbai-Pengkalan Kubor di Tumpat.

"Melebarkan jalan projek Lebuhraya Kuantan-Segamat, bagi fasa dua membabitkan jajaran dari Runchang, ke Simpang 3 Keratong, sepanjang 51 km.

"Projek Tebatan Banjir di Rantau Panjang-Sungai Golok bagi fasa dua juga sudah diluluskan dengan kos sebanyak RM897 juta.

"Kesemua empat projek ini diputuskan menerusi mesyuarat ECERDC (Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur) di Kota Darulnaim hari ini," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa berlaku adil di semua negeri dalam melaksanakan pembangunan.

ISMAIL Sabri menyampaikan ucapan pada Debat Umum sempena Perhimpunan Agung PBB Sesi Ke-77. FOTO Bernama
ISMAIL Sabri menyampaikan ucapan pada Debat Umum sempena Perhimpunan Agung PBB Sesi Ke-77. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2022 @ 12:59 PM