ISMAIL Sabri bersama Mary Elizabeth Truss. FOTO Ihsan Ismail Sabri Yaakob
ISMAIL Sabri bersama Mary Elizabeth Truss. FOTO Ihsan Ismail Sabri Yaakob
BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Mary Elizabeth Truss atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baharu.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri turut mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Truss.

"Saya berharap agar hubungan dua hala Malaysia-UK akan terus terjalin untuk kesejahteraan rakyat kedua-dua negara," katanya.

Setiausaha Luar Britain itu memperoleh 81,326 undi manakala pencabarnya Rishi Sunak mendapat 60,399 undi.

Truss, 46, menggantikan Boris Johnson sekali gus menjadi Perdana Menteri wanita ketiga UK selepas Margaret Thatcher dan Theresa May.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2022 @ 9:41 PM