PASUKAN bomba ketika mengeluarkan mayat mangsa yang maut di Jalan Merit, Kapit di sini. FOTO NORSYAZWANI NASRI
PASUKAN bomba ketika mengeluarkan mayat mangsa yang maut di Jalan Merit, Kapit di sini. FOTO NORSYAZWANI NASRI
Norsyazwani Nasri


Kapit: Tiga lelaki maut selepas lori membawa muatan simen dinaiki mereka jatuh ke dalam gaung sedalam enam meter di Jalan Merit di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali sebagai George Wong, 33, Bunyau Manggie, 40, dan Steven Janggai Bungkang, 33.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.35 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya di lokasi pihak Bomba menggunakan dua kenderaan pacuan empat roda (4WD) dari syarikat tersebut untuk sampai di tempat kejadian memandangkan jentera bomba tidak dapat melalui jalan balak.

"Jarak laluan balak adalah 30 kilometer. Bomba memotong bingkai cermin lori tersebut dan berjaya membawa naik semua semua mangsa.

"Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2022 @ 8:16 PM