ZAINAH dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ampang atas pertuduhan membunuh bayinya yang berusia enam bulan. FOTO Fathil Asri
ZAINAH dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ampang atas pertuduhan membunuh bayinya yang berusia enam bulan. FOTO Fathil Asri
Redzuan Muharam


Ampang: Wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh bayinya yang berusia enam bulan.

Tertuduh, Zainah Misdin, 34, mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduWhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu di No 32, Jalan Seladang 2, Kampung Klang Gate, Hulu Langat pada 7.40 malam, 23 Ogos lalu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu bersama seorang individu yang masih bebas bagi mencapai niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin, manakala tertuduh diwakili Swinder Singh.

Nurul Ameera tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Disember hadapan untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2022 @ 11:56 AM