GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi

Ampang Jaya: Tabib dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini atas dakwaan membunuh seorang wanita di Pandan Perdana di sini, pada 27 Julai lalu.

Tertuduh, Che Hong Chiew, 51, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada wanita berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan Hong Chiew didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Lim Sin Lue, 41, antara 4.45 petang hingga 5 petang, 27 Julai lalu,

Perbuatan itu didakwa dilakukan di ruang tamu rumah di No 35, Jalan Perdana 2/20, Pandan Perdana di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sakit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2022 @ 1:50 PM