LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hadir ke Bukit Aman hari ini bagi membantu siasatan bersabit 28 laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, beliau hadir bersama peguam dan memberikan kerjasama sepanjang sesi rakaman keterangan berlangsung.

"Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 28 laporan polis diterima Bukit Aman terhadap Ahli Parlimen Marang itu berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman berkait isu rasuah dalam sebuah artikel baru-baru ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Berita berkaitan:

  • Hadi Awang dipanggil ke Bukit Aman
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2022 @ 10:54 PM