Amir Abd Hamid dan Faliqah Alia Radin Mohd


PEGUAM yang juga aktivis Fadiah Nadwa Fikri hadir di Bukit Aman 11 pagi tadi bagi memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5).

Terdahulu, Fadiah Nadwa berhimpun bersama penyokongnya bagi menunjukkan solidariti kepadanya di hadapan pintu pagar utama Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

HANIS bersama dua anaknya.
HANIS bersama dua anaknya.

Fadiah Nadwa dalam ucapan ringkas sebelum memasuki Bukit Aman berkata, dia dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Harian Metro sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, pemilik akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikri atau Fadiahnadwa dikesan memuat naik kenyataan dengan sengaja berunsur hasutan yang boleh mendatangkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan dan boleh mengganggu gugat ketenteraman serta keselamatan awam.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2020 @ 11:27 AM