GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Hujan lebih kerap dan ribut petir dijangka berlaku di pantai barat Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, cuaca sama juga dijangkakan berlaku di barat Sabah dan pedalaman Sarawak, pada petang hingga awal malam.

"Ini berikutan angin monsun barat daya yang melemah sehingga awal September.

"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui

laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi dan talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.

Semalam hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa negeri seperti Perak, Kelantan, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Ia menyebabkan kawasan Semenyih dan Kajang dinaiki air serta kejadian pokok tumbang di hampir 40 lokasi di ibu negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2022 @ 1:54 PM