FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Oleh Norzamira Che Noh


Shah Alam: Seorang pembantu operasi sebuah agensi kerajaan dikenakan perintah reman empat hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM2,000 daripada seorang individu.

Perintah reman sehingga 8 Ogos itu dikeluarkan Majistret Sasha Diana Sabtu selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor jam 2 petang ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, lelaki terbabit dipercayai meminta 'duit kopi' RM2,000 daripada seorang individu menerusi panggilan telefon sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan kompaun terhadap individu terbabit atas kesalahan lesen pembinaan yang telah tamat tempoh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2022 @ 2:51 PM