Gambar hiasan
Gambar hiasan
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Kes Covid-19 di negara ini kekal dalam lingkungan 4,000 setakat semalam.

Berdasarkan portal Covidnow, sejumlah 4,816 kes dilaporkan dengan 4,814 adalah penularan tempatan, manakala dua lagi kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Jumlah kes itu menjadikan keseluruhan 4,648,931 kes Covid-19 dicatatkan negara sejak lebih dua tahun.

Sehingga kini, 49,547 kes masih aktif dengan 96.7 peratus atau 47,932 kes menjalani kuarantin wajib di rumah, manakala 1,535 kes atau 3.1 peratus dirawat di hospital.

Selain itu 28 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk tujuh daripadanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan

Kes kematian turut meningkat kepada 35,911 kes dengan tambahan sembilan kematian baharu dengan satu kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).

Data semalam menunjukkan 3,928 kes sembuh, yang menjadikan keseluruhan 4,563,473 kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2022 @ 9:24 AM