GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Irwan Shafrizan Ismail


Kuala Lumpur: Kes harian Covid-19 di negara ini kembali meningkat dengan 5,685 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi berbanding 3,902 kes sehari sebelumnya.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, jumlah jangkitan baharu itu membabitkan 5,683 kes tempatan dengan dua kes lagi adalah kes import.

Jumlah berkenaan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes penularan wabak berkenaan di negara ini meningkat kepada 4,635,648 kes.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan sehingga kini terdapat sebanyak 45,484 kes yang masih aktif.

Daripada jumlah yang dinyatakan itu, sebanyak 96.4 peratus atau 43,858 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Turut dilaporkan, lapan kes kematian dengan lima kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan sehingga kini jumlah keseluruhan angka korban akibat jangkitan berkenaan ialah 35,878 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2022 @ 9:23 AM