Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Lelaki yang ditahan polis selepas dikatakan menghina Islam menerusi rakaman video di media sosial direman empat hari bermula hari ini sehingga Khamis.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan berusia 39 tahun itu direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan ringkas kepada pemberita, hari ini.

Semalam Harian Metro melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas dikatakan menghina Islam menerusi rakaman video di media sosial.

Suspek ditahan di Bukit Kuchai, Puchong pada 12.30 tengah hari susulan laporan polis dibuat di Cyberjaya.

PETIKAN video yang tular.
PETIKAN video yang tular.

Siasatan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 36 saat di media sosial menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap umat dan agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, tular juga beberapa rakaman video menunjukkan seorang lelaki cedera pada muka dan beberapa bahagian badan dipercayai dipukul beberapa individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2022 @ 1:40 PM