LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terlanggar tiang penghadang jalan sebelum terjatuh di bawah lori di Plaza Tol Penchala dari arah Kepong ke Damansara, Petaling Jaya, semalam. FOTO Ihsan PDRM
LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terlanggar tiang penghadang jalan sebelum terjatuh di bawah lori di Plaza Tol Penchala dari arah Kepong ke Damansara, Petaling Jaya, semalam. FOTO Ihsan PDRM
Nurul Hidayah Bahaudin

Petaling Jaya: Lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terlanggar tiang penghadang jalan sebelum terjatuh di bawah lori dalam kejadian di Plaza Tol Penchala dari arah Kepong ke Damansara, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 7.22 malam apabila Yamaha Lagenda ditunggang lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai terlanggar tiang penghadang jalan.

"Mangsa terjatuh ke bawah lori yang sedang bergerak selepas selesai membayar tol menyebabkannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2022 @ 12:28 PM