Dua lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 144.8 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh arah utara Pagoh, semalam. Foto Ihsan Bomba
Dua lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 144.8 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh arah utara Pagoh, semalam. Foto Ihsan Bomba
Essa Abu Yamin


Pagoh: Dua lelaki maut manakala sembilan mangsa terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 144.8 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh arah utara dekat sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, kejadian pada jam 11.02 malam itu membabitkan Toyota Wish dan Honda.

Keseluruhan mangsa yang terbabit adalah seramai 11 orang.

"Terdapat tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan sejauh 20 meter dan 50 meter serta seorang mangsa tersepit di bawah kenderaan.

"Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai kesihatan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan.

"Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital oleh ambulans.

"Operasi menyelamatkan mangsa kemudiannya ditamatkan pada jam 12.52 pagi," katanya.

Katanya, seramai lapan orang anggota bomba dan satu jentera LFRT dari BBP Pagoh dihantar ke tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2022 @ 11:52 AM