SEBAHAGIAN mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Jerai. FOTO Luqman Hakim Zubir
SEBAHAGIAN mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Jerai. FOTO Luqman Hakim Zubir
Safuri Kamarudin


Baling: Seramai 285 mangsa banjir masih ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga jam 7 malam ini.

Dalam pada itu, pelajar di Sekolah Menengah Agama Yayasan Khariah sudah pulang ke rumah masing-masing tengah hari ini selepas PPS sekolah itu ditutup hari ini.

Kini seramai 100 mangsa membabitkan 44 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai dan 185 mangsa dengan 41 keluarga ditempatkan di PPS Surau An-Nur Taman Mesra, Kupang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim, ada mangsa yang pulang dan tinggal di rumah keluarga untuk menyambut Aidiladha esok.

"Bagi yang masih tinggal di PPS, mereka tidak dapat pulang kerana keadaan rumah yang masih tidak dibersihkan sepenuhnya," katanya.

Rasidah berkata, mangsa dijangka tinggal di PPS dalam beberapa hari lagi bergantung keadaan rumah mereka sama ada ia selamat untuk didiami.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2022 @ 8:36 PM