Zatul Iffah Zolkiply dan Zaid Salim

Kuala Terengganu: Seramai 10 pemancing dan tiga kru sebuah bot yang hilang sejak Sabtu lalu ditemukan selamat berhampiran pelantar minyak Cendor, kira-kira 80 batu nautika dari Kuala Terengganu, hari ini.

Pegawai Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Leftenan Komander Mohd Arizan Hakimi Mohd Zin berkata, semua mangsa berusia 32 hingga 52 tahun sepatutnya pulang pada Rabu lalu, namun gagal berbuat demikian sebelum laporan polis dibuat.

Katanya, siasatan mendapati bot dinaiki mereka dikatakan mengalami kerosakan enjin sehingga hanyut berhampiran pelantar minyakl terbabit.

"Bot dinaiki mereka ditemui kapal pembekal dan semua mangsa berada dalam keadaan selamat dan kini dalam proses dibawa ke Jeti Maritim untuk tindakan lanjut.

"Mereka dijangka tiba di jeti pada 10 malam ini, tetapi ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat kepada ahli keluarga mangsa di Pejabat APMM Terengganu, di sini.

Media semalam melaporkan seramai 10 pemancing bersama tiga kru dikhuatiri hilang di laut selepas bot dinaiki mereka tidak pulang sejak Rabu lalu.

Pegawai Operasi Carilamat, Leftenan Komander (M) Mohd Arizan Hakimi Mohd Zin memberi taklimat berkaitan Ops Carilamat bot dinaiki 10 pemancing bersama tiga kru yang dikhuatiri hilang kepada keluarga mangsa di Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu. FOTO ZAID SALIM

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2022 @ 5:18 PM