Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor (Farmasi) Dzafarullah Daud (dua dari kiri) melihat pameran pada program Jelajah Scan, Sahih dan Selamat di Management and Science University (MSU), hari ini. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor (Farmasi) Dzafarullah Daud (dua dari kiri) melihat pameran pada program Jelajah Scan, Sahih dan Selamat di Management and Science University (MSU), hari ini. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
mirul Aiman Hamsuddin

Shah Alam: Bekalkan pengetahuan kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA & IPTS) berhubung pengetahuan serta kesedaran risiko penggunaan ubat-ubatan dan suplemen penjagaan kesihatan tidak berdaftar.

Itu antara matlamat mahu dicapai Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (BPF JKNS) melalui usaha mendekati golongan muda itu.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor (Farmasi) Dzafarullah Daud berkata, inisiatif itu dilakukan dengan harapan penuntut IPTA dan IPTS menjadi ejen menyampaikan mesej kepada masyarakat setempat.

"Melalui pendidikan dan kesedaran ini, diharap masyarakat dapat membuat pertimbangan wajar semasa membeli ubat-ubatan dan suplemen penjagaan kesihatan dengan menyemak label.

"Ini bagi memastikan mereka tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan produk tidak berdaftar yang disiarkan di media sosial," katanya pada program Jelajah Scan, Sahih dan Selamat di Management and Science University (MSU) di sini, tadi.

Terdahulu program dirasmikan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM, Roselan Ishak.

Hadir sama, Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd. Shukri Ab Yajid.

Mengulas mengenai program Jelajah Scan, Sahih dan Selamat, Dzafarullah berkata, golongan penuntut adalah pengguna paling terdedah kepada sosial media yang menjadi platform utama penjualan ubat-ubatan dan suplemen kesihatan tidak berdaftar ketika ini,

"Didapati minat dan kecenderungan penuntut terhadap bidang keusahawanan membabitkan suplemen penjagaan kesihatan sama ada sebagai pengasas produk (founder) atau ejen semakin meningkat.

"Sehubungan itu, penting bagi golongan ini untuk mengetahui dan memahami keperluan undang-undang berkaitan penjualan produk inio demi kebaikan mereka dan masyarakat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2022 @ 4:51 PM