Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni penduduk Orang Asli. FOTO Ihsan Istana Negara
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni penduduk Orang Asli. FOTO Ihsan Istana Negara
BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan majlis pengurniaan sumbangan kepada penduduk Kampung Orang Asli Pos Menson dan Kampung Orang Asli Sungai Relong di Cameron Highlands, Pahang hari ini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah disambut Pegawai Daerah Cameron Highlands Syed Ahmad Khairulanwar Syed Abdul Rahman dan Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur kepada 63 ketua isi rumah di Kampung Orang Asli Pos Menson dan Kampung Orang Asli Sungai Relong. FOTO Ihsan Istana Negara

Menurut catatan Istana Negara di Facebook hari ini, Seri Paduka berkenan mengurniakan sumbangan tunai dan barangan keperluan dapur kepada 63 ketua isi rumah di Kampung Orang Asli Pos Menson dan 153 ketua isi rumah di Kampung Orang Asli Sungai Relong pada majlis yang berlangsung selama hampir dua jam bermula 11 pagi.

Sempena lawatan tersebut, Seri Paduka turut berkenan menyantuni penerima sumbangan dengan bertanya khabar serta menasihati para penduduk supaya sentiasa menjaga kesihatan diri, keluarga dan warga emas.

Al-Sultan Abdullah turut bertitah sekiranya penduduk mempunyai sebarang permasalahan hendaklah sentiasa merujuk kepada tok batin supaya tindakan selanjutnya dapat diambil dan disegerakan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Jun 2022 @ 6:23 PM