FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Kuala Terengganu: Orang ramai yang berkunjung ke pantai digesa lebih berwaspada dengan kehadiran ubur-ubur selepas beberapa kes serangan hidupan berkenaan dilaporkan berlaku di Besut sejak kebelakangan ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Besut Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata, dalam kejadian Ahad lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun disengat ubur-ubur ketika sedang mandi bersama keluarga di Pulau Rhu, Besut pada 11.45 pagi.

"Akibatnya kanak-kanak perempuan itu mengalami alahan di seluruh badannya. Bantuan awal segera diberi oleh anggota penyelamat APM Besut sebaik sahaja bot dinaiki mangsa tiba di pantai," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pada keesokkannya pula seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sedang mandi di Pantai Bukit Keluang dekat Besut, turut dilaporkan mengalami alahan selepas disengat ubur-ubur kira-kira 6.50 petang.

"APM Besut akan terus meningkatkan rondaan di kawasan-kawasan pantai sekitar daerah ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2022 @ 5:56 PM