PASANGAN suami isteri Rudi dan Aisyah, ketua ajaran sesat Kerajaan Ubur-Ubur yang menggelar diri mereka Raja Rudi dan Ratu Kidul. - Agensi
PASANGAN suami isteri Rudi dan Aisyah, ketua ajaran sesat Kerajaan Ubur-Ubur yang menggelar diri mereka Raja Rudi dan Ratu Kidul. - Agensi
ANGGOTA polis mengunjungi rumah pasangan suami isteri yang menyebarkan ajaran sesat di Semarang. - Agensi
ANGGOTA polis mengunjungi rumah pasangan suami isteri yang menyebarkan ajaran sesat di Semarang. - Agensi
Agensi

JAKARTA: Indonesia kini heboh dengan Kerajaan Ubur-Ubur yang dikatakan menyebarkan ajaran sesat oleh sepasang suami isteri, termasuk mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah wanita serta amalan pemujaan di rumah mereka di Serang, Banten, dengan diiringi zikir.

Pasangan suami isteri yang mendakwa sebagai Ratu Kidul dan Raja Rudi itu dikatakan aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak enam bulan lalu.

Menurut media Indonesia, wanita berkenaan yang menggelar dirinya Ratu Kidul itu sering memuat naik video ajarannya di media sosial.

Liputan 6 melaporkan, si suami, Rudi, adalah bomoh yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan pelaris dan minyak pengasih.

Namun, isterinya, Aisyah, menganut agama Sunda Wiwitan mengakui mengikut al-Quran dan percaya Allah SWT itu ada, yang menyebarkan ajaran Kerajaan Ubur-Ubur itu, termasuk melalui Instagram dan YouTube.

Ketua Polis Serang, Komarudin berkata, Aisyah mendakwa dirinya memiliki akses bank di luar negara untuk mencairkan dana milik rakyat Indonesia dengan syaratnya mereka melakukan ritual zikir Kerajaan Ubur-Ubur pada malam Jumaat hingga jam 4 pagi.

“Zikir itu kononnya bagi membuka kunci kekayaan rakyat Indonesia yang selama ini terpendam,” katanya.

Menurut Tribun News, Komarudin berkata, polis sudah menahan 12 orang kelmarin, termasuk pasangan suami isteri itu.

“Anggota kumpulan itu bukan masyarakat setempat. Kebanyakannya pendatang berasal dari Jawa Timur dan Jawa Tengah,” katanya.

Setiausaha Majlis Ulama Indonesia (MUI) Kota Serang, Anas Tajudin berkata, sejumlah ajaran disampaikan Aisyah menyimpang daripada ajaran agama Islam.

“Kesimpulan kami dia bukan Islam. Dia menyebarkan menggunakan nama al-Quran,” katanya.

Antaranya, pasangan suami isteri itu dan pengikut mereka tidak pernah solat berjemaah di masjid atau surau serta mengamalkan zikir khas yang berbeza dengan zikir umat Islam.

Aisyah juga menyatakan Tuhan memiliki makam, Nabi Muhammad adalah wanita, mencium Hajarul Aswad ketika melakukan haji dan umrah seperti mencium kelamin perempuan serta Kaabah bukan kiblat umat Islam tetapi tempat pemujaan berhala.

Detik News melaporkan Anas meminta semua pengikut kumpulan itu bertaubat dan kembali kepada Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Ogos 2018 @ 8:59 AM