Kamarulzaman Harun menyampaikan taklimat kepada anggota pasukan keselamatan yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas  di Sungai Pasir Kelang. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI
Kamarulzaman Harun menyampaikan taklimat kepada anggota pasukan keselamatan yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di Sungai Pasir Kelang. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI
Hazira Ahmad Zaidi


Kuala Krai: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang masih hilang di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Pasir Kelang, di sini semalam, diperluaskan pada jarak 100 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, SAR yang disambung 7 pagi tadi membabitkan 43 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain bantuan penduduk kampung.

Katanya, keadaan sungai yang tenang sekali gus memudahkan pencarian dan berharap mangsa ditemui segera.

"Kita gunakan tiga bot milik JBPM dan PDRM serta sebuah bot APM. Dalam masa sama turut meminta bantuan Unit Skuba JBPM," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Media semalam melaporkan, tiga remaja warga Thailand iaitu dua perempuan dan seorang lelaki lemas selepas mandi di sungai itu sebaik selesai memancing, dengan lokasi mandi terletak 500 meter dari Pengkalan Feri Kelang Lama.

Ketika mandi, tiga remaja itu dibawa arus dan insiden dilihat saudara mereka yang kemudian meminta bantuan orang kampung untuk menyelamatkan mangsa.

Mangsa pertama berusia 15 tahun ditemui pada 6.30 petang, manakala mangsa kedua berumur 13 tahun pada 9 malam.

Mangsa masih hilang dikatakan berusia 15 tahun.

Berita berkaitan

'Saya berharap anak ditemukan segera, tak kira apa jua keadaan'

Tragedi mandi sungai: Dua remaja disahkan lemas, sepupu masih hilang

Seorang lemas, dua masih hilang

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2022 @ 1:57 PM