Anggota bomba menjalankan operasi mancari dan menyelamat tiga remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu, dekat Segari. FOTO IHSAN BOMBA
Anggota bomba menjalankan operasi mancari dan menyelamat tiga remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu, dekat Segari. FOTO IHSAN BOMBA
Muhamad Lokman Khairi


Manjung: Mayat terakhir daripada tiga remaja lelaki dilaporkan hilang ditemukan lemas di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu, dekat Segari, di sini, hari ini.

PengarahJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata mayat T Eishwarpillai, 16, ditemukan terapung selepas anggota bomba menggunakan teknik membuat olakan air dengan bot pada jarak 100 meter dari lokasi lemas, jam 5.05 petang.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, mayat mangsa pertama dikenal pasti sebagai Chew Darumaraj, 14, ditemukan lemas pada jarak 500 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh, jam 9.05 pagi.

Sementara, mayat kedua, G Sarath, 16, ditemukan tersangkut pada jaring nelayan pada jarak 300 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh, jam 12.40 tengah hari.

Semalam, media melaporkan tiga sekawan dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Sempit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Februari 2024 @ 6:26 PM