ANGGOTA bomba memeriksa bilik stor feri penumpang dan kenderaan (RORO) yang terbakar ketika dibaiki. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba memeriksa bilik stor feri penumpang dan kenderaan (RORO) yang terbakar ketika dibaiki. FOTO Ihsan Bomba.
Hamzah Osman


Langkawi: Sebuah feri penumpang dan kenderaan (Roro) yang sedang dibaiki di limbungan pembaikan kapal di Bukit Malut di sini, terbakar malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 8 malam itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Bomba Zon Langkawi Penguasa Bomba Fadzlullah Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.15 malam dan 20 anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya anggota bomba, mendapati kebakaran membabitkan sebuah stor di aras dua feri Roro yang berada di darat dan sedang dibaiki.

"Kebakaran itu dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan anggota bomba," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada lagi punca api.

"Punca dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2022 @ 10:03 AM