ZAHARI (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi PKAYIS, Taher Masri. FOTO Ahmad Ismail
ZAHARI (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi PKAYIS, Taher Masri. FOTO Ahmad Ismail
GAMBAR hiasan. Orang ramai mengunjungi bazar ramadan di Kuala Lumpur. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. Orang ramai mengunjungi bazar ramadan di Kuala Lumpur. FOTO arkib NSTP
Ahmad Ismail


Segamat: Kesedaran orang ramai membudayakan amalan membawa bekas makanan dan minuman sendiri serta beg yang boleh digunakan semula, setiap kali mengunjungi bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa masih rendah.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment), Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, budaya membawa bekas sendiri dan beg kitar semula ke bazar Ramadan antara elemen kempen kesedaran 3R iaitu kurangkan, guna semula dan kitar semula.

"Sudah tiba masanya mentaliti kita mewujudkan budaya baharu, iaitu 'tapau' juadah berbuka puasa dengan menggunakan bekas dibawa sendiri seperti mangkuk tingkat dan beg kitar semula," katanya dalam kenyataan di Majlis Kongsi Kesyukuran Ramadan bersama 80 penghuni Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam (PKAYIS) di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar juga ADUN Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip, Yang Di Pertua (YDP) PKAYIS, Taher Masri dan Wakil Khas Yayasan Raja Zarith Sofiah, Datuk Mahmud Basiran.

Mohd Norlisam turut menyeru semua golongan masyarakat membeli juadah berbuka puasa mengikut keperluan serta memberikan makanan lebihan kepada pihak memerlukan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2022 @ 3:43 PM