HAREEMY dicari bagi membantu satu perbicaraan kes dadah di Mahkamah Ampang.  FOTO Ihsan PDRM
HAREEMY dicari bagi membantu satu perbicaraan kes dadah di Mahkamah Ampang. FOTO Ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi

Ampang Jaya: Polis mengesan seorang lelaki bagi membantu satu perbicaraan kes dadah di Mahkamah Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya sedang mengesan saksi bernama Hareemy Yaacob beralamat terakhir di Jalan Pasir Mas Salor, Kelantan.

"Saksi diperlukan bagi membantu satu kes perbicaraan di mahkamah mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Beliau berkata, saksi berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Nik Hazmadee Nik Hasan di talian 019-6448085.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2022 @ 5:41 PM