ORANG ramai memenuhi gerai air sohor Kuantan di bazar Ramadan Tamas Tas, Kuantan. FOTO Asrol Awang
ORANG ramai memenuhi gerai air sohor Kuantan di bazar Ramadan Tamas Tas, Kuantan. FOTO Asrol Awang
Asrol Awang


Kuantan: Bagi penggemar air balang, 'air sohor' Kuantan antara pilihan utama setiap kali Ramadan dalam kalangan warganya.

Tidak hairanlah, gerai Air Sohor Kuantan di bazar Taman Tas dan Jaya Gading, di sini diserbu orang ramai apatah lagi menawarkan harga berpatutan.

Peniaga Mohammad Faharuddin Musthapa, 28, berkata, dia menyediakan lapan balang pelbagai jenis air setiap hari termasuk coklat, blueberry, strawberi, mangga, katira dan laicikang.

Katanya, antara yang menjadi pilihan utama ialah coklat dan buah-buahan.

"Sebenarnya, ini kali kedua saya berniaga di bazar Ramadan Taman Tas, namun Ramadan tahun lalu, sambutannya kurang berbanding dibandingkan tahun ini. Alhamdulillah saya gembira orang mula gemar air balang daripada resipi saya sendiri," katanya.

Katanya, kebanyakan penggemar air balang membelinya dalam bungkusan plastik berbanding cawan plastik.

Harga sebungkus plastik dijual RM4 manakala RM3 pula di dalam bekas plastik.

"Pelanggan juga boleh meminta boba dan aiskrim yang diberikan secara percuma," katanya.

Sementara itu, pelanggan, Nurhanisha Muhammad Sabri, 19 berkata, pilihan yang banyak mendorongnya untuk merasai air balang itu.

Katanya, pelbagai air yang berwarna warni membuatkannya teruja dan sudah tiga kali ke bazar berkenaan.

"Saya gemarkan air mangga. Sedap dan kena dengan selera selain dijual pada harga berpatutan," katanya.

Bagi Mohammad Kamaruddin Jamalauddin, 48, susunan balang turut mempengaruhinya untuk membeli air balang berkenaan.

"Kebiasaannya kita hanya lihat dua atau tiga balang dijual. Dengan idea yang dilakukan peniaga, ia mendorong saya membelinya. Air yang dijual pula murah dan sedap," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2022 @ 6:45 AM