GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Erika George


Kuching: Pejabat Premier Sarawak bersetuju memberikan bantuan khas RM500 sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Gawai ini kepada semua gred pegawai perkhidmatan awam negeri.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini memakluman bantuan khas itu akan dibayar sebelum Aidil Fitri dan Hari Gawai akan datang.

"Pemberian ini sebagai menghargai jasa dan pengorbanan anggota perkhidmatan awam Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran ini.

"Kerajaan berharap pemberian Bantuan Khas Aidil Fitri dan Gawai Tahun 2022 ini dapat meringankan beban kewangan buat semua pegawai perkhidmatan awam Sarawak," kata kenyataan itu.

Katanya, pada masa sama ia mampu menjadi pembakar semangat dan insentif untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2022 @ 5:15 PM