GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Mohd Roji Kawi


Kuching: Kerajaan Sarawak mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua gred pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sempena perayaan Aidilfitri dan Gawai Dayak yang akan disambut pertengahan bulan depan dan awal Jun.

Jurucakap Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bantuan khas itu akan dibayar pada Mei iaitu sebelum menjelang perayaan Aidilfitri dan Gawai.

"Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya ketika negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran ini.

"Kerajaan Sarawak juga berharap dengan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai Tahun 2021 ini dapat meringankan beban kewangan bagi pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

"Ia juga diharap menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 April 2021 @ 11:21 AM