Laporan portal Harian Metro sebelum ini
Laporan portal Harian Metro sebelum ini
Raja Noraina Raja Rahim

Sungai Buloh: Tong pasir yang terjatuh menghempap buruh binaan warga Bangladesh hingga berkecai di tapak pembinaan di Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5 di sini, dipercayai akibat terputus kabel.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, sebelum itu anggota Balai Polis Kampung Baru Subang menerima laporan kejadian pada 11.25 pagi.

"Pengadu mendakwa seorang pekerja Bangladesh mati dihempap tong pasir di tapak projek pembinaan rumah di Seksyen U5.

"Sepasukan polis ke lokasi dan siasatan awal mendapati kabel mesin yang digunakan untuk mengangkat tong terputus semasa kerja pemindahan pasir lalu jatuh menghempap pekerja terbabit yang sedang berada di tempat longgokan pasir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafa'aton berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, untuk bedah siasat.

Kata beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Berita berkaitan

Buruh Bangladesh hancur dihempap tong pasir

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2022 @ 5:04 PM