DR Maryam Sumayyah memilih kasut sekolah buat anaknya, Sarah Syifa Suriani. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
DR Maryam Sumayyah memilih kasut sekolah buat anaknya, Sarah Syifa Suriani. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Ibu bapa mengambil langkah berjimat cermat dalam membuat persiapan untuk persekolahan anak mereka bagi Penggal Satu Sesi 2022/2023 yang akan bermula esok.

Tinjauan di pusat beli-belah di Bandar Dato Onn, di sini hari ini mendapati terdapat ibu bapa yang berbelanja saat akhir untuk melengkapkan barang persekolahan anak mereka terutama pakaian, kasut, beg dan peralatan menulis.

Seorang daripadanya adalah Dr Maryam Sumayyah Ahmad, 42, yang mengakui membeli barangan yang perlu sahaja untuk empat anaknya, manakala barangan lain yang masih elok akan digunakan.

"Saya dan suami memutuskan untuk berjimat cermat dalam menyediakan persiapan sekolah anak kali ini.

"Hanya kasut sekolah yang kami beli kerana barangan lain masih boleh diguna lagi, sekali gus mengajar anak untuk menjaga barang sekolah mereka dengan lebih teliti," katanya.

HASRIAH membeli kelengkapan buat anak sulung yang mendaftar Tahun Satu, esok. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
HASRIAH membeli kelengkapan buat anak sulung yang mendaftar Tahun Satu, esok. FOTO Nur Aisyah Mazalan.

Bagi pekerja swasta, Hasriah Rahmat, 37, berkata, hampir RM300 dibelanjakan untuk membeli kelengkapan sekolah anak sulungnya, Muhammad Khalish Mohd Faiq, 7, yang memasuki Tahun Satu.

"Saya bernasib naik kerana baru seorang anak yang sekolah tetapi, walaupun seorang, belanja untuknya tinggi.

"Belum masuk buku sekolah dan bayaran lain. Sekarang saya faham bebanan ditanggung ibu bapa yang mempunyai ramai anak dalam menyediakan keperluan mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2022 @ 3:11 PM