ABDUL Ghani (kiri) menyerahkan keputusan rasmi PRN Johor ke-15 kepada Istana Johor, yang diterima oleh Azmi. FOTO ihsan RPO
ABDUL Ghani (kiri) menyerahkan keputusan rasmi PRN Johor ke-15 kepada Istana Johor, yang diterima oleh Azmi. FOTO ihsan RPO
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 kepada Istana Johor, pagi ini.

Keputusan itu diserahkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dan diterima oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Hadir sama ketika penyerahan itu, Pengarah SPR Negeri Johor, Nor Nekman Jaimon.

Malam tadi, SPR mengesahkan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN Johor.

Abdul Ghani dilaporkan berkata, jumlah pengundi yang keluar mengundi membabitkan 1.426 juta atau 54.92 peratus.

"Keputusan penuh PRN Johor adalah BN 40 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing satu kerusi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2022 @ 10:56 AM