Cuma pesan, bayar, pandu dan ambil dengan servis bawa pulang terbaru Domino’s. - FOTO Domino’s Pizza
Cuma pesan, bayar, pandu dan ambil dengan servis bawa pulang terbaru Domino’s. - FOTO Domino’s Pizza
Muhamad Shaifullah Tayep

MENGISI perut yang lapar sememangnya mudah dengan adanya restoran dan kedai makan yang hidup bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun, mencari tempat letak kereta, beratur dan membuat keputusan selain berkejar kerana kesuntukan masa sedikit sebanyak mengurangkan keseronokan itu.

Justeru, bagi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan, Domino's Pizza yang sudah mendominasikan servis penghantaran di peringkat antarabangsa sejak 60 tahun lalu memperkenalkan inovasi servis bawa pulang terbaru, Pandu Ambil, baru-baru ini.

Pelanggan hanya perlu membuat pesanan dan bayaran melalui laman web atau aplikasi Domino's disertakan maklumat kenderaan, kemudian memandu ke kawasan pintu masuk kedai untuk mengambil pesanan daripada kakitangan Domino's melalui tingkap kereta.

Pelancaran Pandu Ambil turut menjadikan Domino's rangkaian makanan dan minuman pertama memperkenalkan servis seperti ini di Malaysia dalam menawarkan kemudahan dan keselamatan untuk pelanggan.

Lima langkah mudah

Pesanan dihantar terus ke kenderaan anda. - Foto Domino's Pizza

Untuk menggunakan servis Pandu Ambil, anda hanya perlu mengikut lima cara mudah di bawah:-

Langkah 1: Pilih "Take away" di aplikasi atau laman web Domino's Pizza.
Langkah 2: Pilih Domino's Pandu Ambil (Drive Up).
Langkah 3: Isi butiran kenderaan.
Langkah 4: Klik "I'm Here" di halaman "Tracker" sesudah sampai di hadapan restoran.
Langkah 5: Tunggu dalam kereta dan pesanan akan dihantar terus ke kenderaan.

Pengalaman tanpa sentuhan

Image

Seiring slogan 'It's All About You', Domino's percaya transformasi digital berterusan mampu melancarkan dan meningkatkan kecekapan serta standard perkhidmatan unggul.

Ini kerana, Pandu Ambil mematuhi amalan perkhidmatan tanpa sentuh bagi mengekalkan persekitaran sihat untuk pelanggan.

Domino's juga menggalakkan pelanggan untuk memanfaatkan pembayaran tanpa tunai bagi mengelakkan kesesakan dan merasai cara selamat, cepat serta mudah untuk menerima pesanan.

Secara tidak langsung, Pandu Ambil menawarkan perubahan dan penyesuaian gaya hidup baharu apabila pelanggan hanya perlu menerima pesanan makanan dari dalam kereta sendiri bagi memastikan pengalaman 100 peratus tanpa sentuhan.

Servis Pandu Ambil ini kini boleh dinikmati di semua kedai Domino's seluruh Malaysia kecuali Domino's Pizza Dang Wangi, The Weld, Dato Keramat dan Sri Hartamas.

Potongan 50 peratus

Image

Bagi membantu rakyat Malaysia berdepan cabaran dalam keadaan ekonomi ketika ini, Domino's Pizza menawarkan potongan 50 peratus untuk pembelian pizza 'Regular', 'Large' atau 'Xtra Large' bermula 13 Julai sehingga tempoh terhad.

Tawaran yang boleh dinikmati untuk pembelian secara bawa pulang, makan di restoran, PotongQ dan Pandu Ambil ini adalah inisiatif Domino's Pizza yang mengutamakan pelanggan supaya anda dapat menikmati pizza kegemaran bersama keluarga dan rakan pada harga lebih murah.

Dapatkan potongan 50 peratus anda hari ini

Layari www.dominos.com.my atau muat turun aplikasi Domino's Pizza sekarang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pandu Ambil.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2020 @ 12:02 PM