TANGKAP layar video tular memaparkan kekecohan di perkarangan HRPB.
TANGKAP layar video tular memaparkan kekecohan di perkarangan HRPB.
BERNAMA

Ipoh: Polis masih memburu tiga lagi suspek termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kejadian kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini tengah malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sehingga kini empat individu yang dipercayai terbabit dalam kekecohan itu termasuk pergaduhan melibatkan seorang suspek dengan ahli keluarga teman wanitanya di Jalan Sekolah di Guntong di sini.

"Apabila kesemua suspek ini berjaya ditangkap, mereka akan dituduh di mahkamah," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Semalam, Mior Faridalathrash berkata, pihaknya menahan tiga lagi suspek berusia antara 18 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar Ipoh antara 7.45 petang hingga 11 malam Ahad lalu.

Ahad lalu, polis dilaporkan sedang mengesan enam lagi lelaki tempatan yang masih bebas selepas menahan seorang suspek berusia 24 tahun di perkarangan tempat letak kereta awam hospital pada hari kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Februari 2022 @ 3:42 PM