GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki membuat laporan polis konon dirinya disamun di Cheras, di sini, mengundang padah apabila siasatan mendapati dia menipu dan kejadian itu tidak berlaku.

Menurut sumber, lelaki berusia 37 tahun itu, pada mulanya membuat laporan polis mendakwa wang tunainya, wang tunai syarikat RM11,000, telefon bimbit dan dokumen dirinya disamun penjenayah.

"Bagaimanapun polis yang memanggilnya untuk dirakam percakapan mendapati jawapan diberinya tidak konsisten.

"Selepas disiasat akhirnya dia mengaku mereka cerita dan kejadian samun itu tidak berlaku," katanya.

Sumber berkata, akibat perbuatan mangsa membuat laporan polis palsu itu dia ditahan Sabtu lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar mengesahkan penahanan lelaki itu kerana membuat laporan polis palsu dan siasatan sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Februari 2022 @ 8:51 PM