GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Roji Kawi


Kuching: Jangkitan Covid-19 di Sarawak kembali mencatatkan tiga angka dengan 129 kes hari ini berbanding 84 kes semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatakuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan, daripada jumlah itu, 65 kes membabitkan kategori satu iaitu tiada gejala manakala selebihnya adalah kategori dua iaitu bergejala ringan.

Daerah Kuching merekodkan kes harian tertinggi dengan 54 kes hari ini diikuti dengan Sibu (35), Miri (18), Limbang (9), Kapit (4), Song (3) dan Bintulu (3) manakala Lundu, Meradong serta Samarahan masing-masing satu kes.

Menurutnya lagi, tiada kes kematian akibat Covid-19 dan tiada kluster baharu dikesan di negeri hari ini.

Sarawak pernah merekodkan penurunan kes kepada satu angka pada 16 Januari lalu dengan hanya enam kes dilaporkan iaitu bilangan terendah bagi tempoh lebih setahun sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Februari 2022 @ 7:19 PM