Antara kenderaan yang rosak dihempap pokok. FOTO ihsan APM
Antara kenderaan yang rosak dihempap pokok. FOTO ihsan APM
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Sebanyak 28 kenderaan mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Mayang berdekatan kompleks beli belah Avenue K petang tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam berkata pihaknya menerima aduan pokok tumbang di tujuh lokasi jam 4 petang sebelum menggerakkan dua pasukan khidmat khas untuk bantuan.

Katanya, semua lokasi itu membabitkan Pangsapuri ATM Setiawangsa, Jalan 5/56 Taman Sri Keramat dan Lorong 1E/22A Sri Melati.

"Selain itu lokasi lain adalah Jalan Setiawangsa berdekatan Aeon AU2, Jalan AU2/12, Taman Sri Keramat, Jalan 4/27, Seksyen 2, Wangsa Maju.

"Di Avenue K, 28 kenderaan yang terletak di kawasan parkir dihempap pokok tumbang. Pihak kita memotong pokok terbabit. Tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini," katanya.

Hujan lebat dan angin kencang melanda ibu negara sejak 3 petang tadi membabitkan beberapa tempat terkesan dan kawasan penempatan penduduk terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 January 2022 @ 11:03 PM