Ahmad Ismail

Segamat: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang di sini untuk melawat mangsa banjir yang ditempatkan di situ sejak malam tadi.

Ketibaan Sultan Ibrahim diiringi anakanda baginda, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri dan Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim.

Turut hadir Pegawai Daerah Segamat Nasri Md Ali dan Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Bahrin Mohd Noh.

SULTAN Ibrahim Iskandar melawat PPS  di Dewan SK Kampung Tenang yang menempatkan seramai 93 keluarga dan 272 mangsa bah,  hari ini. FOTO Ahmad Ismail
SULTAN Ibrahim Iskandar melawat PPS di Dewan SK Kampung Tenang yang menempatkan seramai 93 keluarga dan 272 mangsa bah, hari ini. FOTO Ahmad Ismail

Pada kunjungan itu, Sultan Ibrahim turut menyampaikan sumbangan dan beramah mesra bersama mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan banjir di sekolah terbabit.

Baginda kemudian meninjau kemudahan perubatan, makanan, kebajikan dan keperluan anak mangsa bah juga kepada mangsa banjir warga emas di sekolah yang sama.

PPS di SK Kampung Tenang mula beroperasi 8 malam tadi menempatkan seramai 272 mangsa banjir membabitkan 93 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 5:09 PM