PENDUDUK Kampung Tersang, Rantau Panjang menggunakan perahu sebagai persediaan hadapi banjir. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
PENDUDUK Kampung Tersang, Rantau Panjang menggunakan perahu sebagai persediaan hadapi banjir. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Sehingga 4.30 petang hari ini, sejumlah 836 mangsa banjir ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan.

Semua mangsa daripada 233 keluarga yang tinggal di dua daerah iaitu Jeli dan Kuala Krai.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), merekodkan tujuh PPS di Jeli iaitu Dewan Orang Ramai Kesedar Sungai Satan (291 orang), Dewan Kesedar/ Pasti Bukit Lakota (171 orang), Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Bongor (34 orang), Masjid Gemang (31 mangsa), SK Legeh (123 orang) SK Kuala Balah (5 orang) dan SK Jeli (43 orang).

PPS di Kuala Krai pula adalah Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A (81 orang), Madrasah Chuchuh Puteri A (18 orang) dan Masjid Chuchuh Puteri A (9).

Sementara itu, paras air di beberapa sungai di Kelantan menunjukkan peningkatan dengan Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah pada paras amaran iaitu 23.23 meter (m).

Dua sungai berada di paras waspada iaitu Sungai Air Lanas di Jeli (29m) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai (20.28m).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Disember 2021 @ 5:04 PM