ANGGOTA bomba meninjau jalan utama di Kampung Tanjung Pulai selepas kawasan pesisir Sungai Pahang dinaiki air . FOTO Farizul Hafiz Awang
ANGGOTA bomba meninjau jalan utama di Kampung Tanjung Pulai selepas kawasan pesisir Sungai Pahang dinaiki air . FOTO Farizul Hafiz Awang
Roselan Ab Malek


Jerantut: Paras air di 10 sungai di Pahang kini berada pada status merah atau bahaya.

Menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, 10 sungai itu terletak di daerah Jerantut, Temerloh, Bera dan Kuantan.

"Di Jerantut, paras air bahaya ialah Sungai Pahang di Paya Gintong ialah 45.3 meter manakala di Temerloh, paras air bahaya ialah di Kuala Krau (44.36 meter), Lubuk Paku (34.44 meter) dan Water Front Temerloh (31.99 meter).

"Di Bera, paras air bahaya ialah di Jambatan Sungai Bera (26.78 meter), Jambatan Kampung Awah (29.48 meter), Lubuk Paku (20.34 meter) dan Kuala Sungai Chini (16.42 meter) dan di Kuantan paras air bahaya ialah Sungai Kuantan di Pasir Kemudi (8.79 meter)," katanya.

Katanya, dua lokasi sungai Pahang turut berada dalam status amaran dan tujuh lokasi berada dalam keadaan waspada.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Disember 2021 @ 11:06 AM