PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor. FOTO Arkib NSTP
PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor. FOTO Arkib NSTP
Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Banjir yang melanda Dungun pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing secara berperingkat.

Ia susulan penutupan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor pada 11.30 pagi tadi.

Keadaan cuaca yang baik membolehkan seramai 145 mangsa daripada 38 keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan pulang.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasan Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, seramai 158 mangsa daripada 33 keluarga masih ditempatkan di enam PPS di Kemaman.

Kesemua mangsa ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor, Dewan Sivik Air Putih, Surau Kampung Ban Ho, Masjid Tebak Batu 16 dan Balai Raya Lubuk Megat.

PPS SK Bukit Mentok menjadi PPS terbaharu diaktifkan bagi menempatkan 15 mangsa daripada tiga keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Disember 2021 @ 2:21 PM