GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan penurunan apabila hanya 63 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman.

Kesemua mangsa daripada 13 keluarga itu ditempatkan di tiga PPS di daerah berkenaan berbanding seramai 158 mangsa daripada 33 keluarga.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasan Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, pengurangan itu susulan penutupan tiga PPS iaitu Dewan Sivik Air Putih, Masjid Tebak Batu 16 dan Balai Raya Lubuk Megat secara berperingkat sejak pagi tadi.

Tiga lagi PPS yang masih aktif adalah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor, Surau Kampung Ban Ho dan SK Bukit Mentok.

PPS di Surau Kampung Ban Ho merekodkan jumlah mangsa teramai membabitkan 39 mangsa daripada tujuh keluarga.

Selain itu, 15 mangsa daripada tiga keluarga lagi ditempatkan di PPS SK Bukit Mentok manakala tiga keluarga membabitkan sembilan mangsa pula berada di Dewan SK Lembah Jabor.

Ketika ini, keadaan cuaca baik sekali gus membolehkan sebahagian mangsa yang terjejas akibat banjir dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Disember 2021 @ 5:54 PM