Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: "Ketika sedang bekerja di hospital, saya ada terdengar siren bomba tetapi tak syak apa-apa sebelum kakak hubungi beritahu rumah terbakar," kata Thialai Mary, 37.

Dia adalah antara mangsa kebakaran membabitkan lapan unit kediaman tingkat empat blok 31 Flat Sri Johor, Jalan Jelawat 2, Bandar Tun Razak, di sini, yang musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketika ditemui di dewan komuniti Flat Sri Johor yang menempatkan semua mangsa, Thialai berkata, dia mengetahui kejadian apabila dihubungi kakaknya kira-kira 9 malam.

"Sebaik kakak beritahu kebakaran di rumah kami, saya segera pulang dan tiba kira-kira 10 malam.

"Apabila saya sampai semua sudah musnah. Namun, keluarga kami seramai tujuh orang terselamat dalam kejadian ini," kata kakitangan sebuah hospital swasta itu.

Menurutnya, apa paling dikesali sikapnya yang gemar menyimpan wang tunai sejak sekian lama menyebabkan dia kehilangan RM40,000 sekelip mata.

Dia yang sudah tinggal selama 17 tahun di Tingkat 4 Unit 3 di flat itu berkata, turut musnah barang kemas, selain barangan lain.

"Kini hanya tinggal sehelai sepinggang, yang lain musnah," katanya sebak.

Sementara itu, Abdul Azeem Abdul Rahim, 26, berkata, beliau bersyukur ibunya yang uzur diselamatkan jiran.

Kakitangan bank itu berkata, ibunya Noor Rugayah Abdullah Husain, 64, mempunyai penyakit darah rendah.

"Ketika kejadian, saya ke kedai untuk beli makanan sebelum dihubungi ibu mengenai kejadian.

"Masa saya tiba ibu sudah pun dibawa ke tempat selamat oleh jiran," katanya.

Sementara itu, tragedi kebakaran berkenaan tidak membabitkan kemalangan jiwa.

ANGGOTA penyelamat menemukan mayat mangsa pada jarak 1.8km dari lokasi dia dilaporkan hanyut. FOTO ihsan polis
ANGGOTA penyelamat menemukan mayat mangsa pada jarak 1.8km dari lokasi dia dilaporkan hanyut. FOTO ihsan polis

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan tengah malam ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.17 malam.

Susulan itu, katanya, seramai 35 anggota menaiki 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Keramat dan BBP Cheras dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, kita mendapati semua unit kediaman itu musnah 100 peratus. Operasi pemadaman kebakaran menggunakan teknik dan jentera khas.

"Kerja 'overhaul' (baik pulih) sedang dijalankan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Berita berkaitan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Disember 2021 @ 1:18 AM