PETUGAS perubatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja di Pusat Pemberisan Vaksin (PPV) Offsite Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang.  FOTO Danial Saad
PETUGAS perubatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja di Pusat Pemberisan Vaksin (PPV) Offsite Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang. FOTO Danial Saad
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 22,774,778 individu atau 97.3 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam, semalam (12 Disember).

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 98.7 peratus atau 23,096,370 individu dewasa di negara ini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 86.5 peratus atau 2,724,110 individu populasi remaja (berumur antara 12 hingga 17 tahun) sudah melengkapkan vaksinasi mereka dan 2,825,229 individu atau 89.7 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 67,376 dos vaksin sudah diberikan semalam membabitkan 63,889 dos penggalak, 2,005 dos kedua dan 1,472 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 meningkat kepada 54,891,289 dengan 3,663,587 daripadanya adalah dos penggalak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Disember 2021 @ 9:52 AM