SULTAN Sharafuddin Idris Shah. FOTO Bernama
SULTAN Sharafuddin Idris Shah. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-76 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

"Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-76, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.

"Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dilanjutkan usia dan senantiasa (sentiasa) berada dalam limpahan rahmat dan maghfirah Allah SWT," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini.

Bersempena Hari Keputeraan Sultan Selangor hari ini, seramai 87 individu menerima Darjah dan Bintang Kebesaran.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Disember 2021 @ 5:44 PM