Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. FOTO Bernama
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka yang ke-63, hari ini.

Ismail Sabri menzahirkan ucapan itu kepada Al-Sultan Abdullah menerusi akaun Facebook rasminya.

"Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan yang ke-63 pada 30 Julai 2022.

"Semoga Allah S.W.T melanjutkan usia dan memberkati pemerintahan Tuanku. Daulat Tuanku," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2022 @ 9:35 PM