OKSIMETER nadi. FOTO HIASAN
OKSIMETER nadi. FOTO HIASAN
Balqis Jazimah Zahari

Kampar: Murid dan pelajar yang mempunyai gejala serius sesak nafas dan mengalami kadar oksigen dalam darah (SpO2) kurang daripada 92 peratus dinasihati segera untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan, kata Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon.

Menurutnya, ia adalah langkah penting yang perlu dilakukan oleh murid atau pelajar sekiranya berdepan gejala serius terbabit.

"Itu sangat penting, kena ikut nasihat yang diberikan oleh pihak hospital," katanya selepas menghadiri program persembahan sempena kutipan amal di Dewan Tun Dr Ling Liong Sik, Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung isu beberapa pelajar yang dijangkiti Covid-19.

Dr Mah yang juga pakar jantung berkata, saranan sama turut diberikan kepada murid dan pelajar yang sudah menerima suntikan vaksin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Disember 2021 @ 6:31 PM