GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kedah iaitu di Dewan Cenderawasih di daerah Pendang ditutup sepenuhnya hari ini.

PPS menempatkan seramai 30 mangsa daripada sembilan keluarga sehingga jam 4 petang tadi itu ditutup selepas kawasan kediaman mereka kembali pulih.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, dengan penutupan PPS itu menjadikan jumlah kesemua PPS di negeri ini sudah ditutup sepenuhnya yang berakhir hari ini.

Sebelum ini beberapa PPS di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena dibuka sejak hujung bulan lalu akibat banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 November 2021 @ 4:58 PM