CAWANGAN Kedai Ayamas ke-69 dibuka di Kerteh. FOTO ihsan KARA Holdings Sdn Bhd
CAWANGAN Kedai Ayamas ke-69 dibuka di Kerteh. FOTO ihsan KARA Holdings Sdn Bhd
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: KARA Holding Sdn Bhd (KARA), pemilik rantaian Kedai Ayamas mengorak langkah ke hadapan dengan pembukaan cawangan baharu yang ke-69 di Kerteh, Terengganu.

Pengarah Eksekutifnya, Abd Rahman Md Dawi berkata, pembukaan cawangan di Kerteh itu adalah di bawah Program Francais Kedai Ayamas yang dilancarkan sejak 2019 dan mendapat sambutan positif daripada orang ramai.

Katanya, sebagai sebuah jenama yang dikenali sejak 33 tahun lalu, Kedai Ayamas menyediakan perkhidmatan makan di restoran, bawa pulang dan penghantaran bagi membolehkan pelanggan menikmati pelbagai pilihan kegemaran ayam panggang, makanan sejuk beku dan makanan yang sedia dimasak.

"Menekankan konsep 3H iaitu Halal, Hygienic (bersih) dan Healthy (sihat), Kedai Ayamas pastinya memberikan keyakinan kepada pelanggan menikmati hidangan atau membeli produk makanan.

"Kedai Ayamas Kerteh adalah outlet yang ke- 69 dengan suasana baharu yang lebih ceria.

"Sempena dengan pembukaan ini, pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk masyarakat di Kerteh," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dengan pembukaan cawangan terbabit, peminat ayam panggang di Kerteh boleh menikmati keenakan tiga perisa utama ayam panggang Kedai Ayamas iaitu Golden, Pepper dan Percik.

Selain itu, Kedai Ayamas juga menyediakan pelbagai jenis menu seperti mi kari, nasi ayam panggang, pasta, bebola daging serta 'Frank-In-Bun' dan lain-lain untuk memberi lebih pilihan kepada pelanggan.

Selain daripada produk sejuk beku jenama Ayamas, Kedai Ayamas kini mempunyai produk sejuk beku seperti kepingan ayam tempura, kepingan ayam tempura keju, pai ayam dan aneka sos termasuk tomato dan cili yang boleh didapati di Kedai Ayamas Kerteh dengan hargaberpatutan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 November 2021 @ 1:42 PM